Friday, 26 December 2014

dental crown , dental bridge di Kuala Terengganu





Gigi yang rosak teruk, boleh dibaiki dgn dental crown atau dipanggil juga crowning.

Gigi yang tidak cantik rupa bentuknya juga boleh dibuat crowning.

Gigi yang telah dicabut boleh diganti dengan dental bridge.

Untuk maklumat lanjut, whatsapp 012-3876051. Whatsapp ya. Dr Len akan reply secepat mungkin. Terima kasih.

Wednesday, 24 December 2014

sakit gigi bongsu





Adakah anda pernah mengalami kesakitan di bahagian gigi bawah paling belakang?. Kesakitan itu membuatkannya berdenyut2 sehingga mengganggu kegiatan harian?

Jika ya, mungkin anda mengalami gigi bongsu terimpak seperti dalam gambar di atasa..

Bagaimana ini boleh berlaku?

Gigi manusia normalnya berjumlah 32 batang. Namun begitu, ada sesetengah org, rahangnya agak kecil untuk menampung 32 batang gigi itu. Gigi geraham ketiga adalah gigi yg paling akhir tumbuh jika mengikut turutan normal. Sebab itu ia dipanggil gigi bongsu. Jika rahang agak kecil, gigi geraham ketiga atau gigi bongsu tidak mempunyai cukup ruang untuk tumbuh ke dalam ruang mulut. Tapi gigi itu tetap mahu tumbuh kerana sifat fisologi nya. Jadi gigi itu berterusan menolak gigi di hadapannya. Inilah yg menyebabkan kesakitan. Kadang kala kawasan tersebut menjadi sensitif dan dijangkiti kuman. Gusi akan menjadi bengkak dan bernanah.

Keadaan ini dinamakan keradangan gusi disebabkan gigi bongsu terimpak.

Rawatan kes sebegini adalah, ubat tahan sakit untuk mengurangkan kesakitan dan antibiotik untuk merawat jangkitan.

Apabila kesakitan dan bengkak mula reda, gigi bongsu yang terimpak itu perlu dicabut. Jika dibiarkan, kesakitan dan bengkak akan berulang lg..

Cabutan gigi bongsu kadang kala memerlukan pembedahan kecil. Ini kerana forsep (alat cabut gigi) tidak dapat memegang gigi yg tumbuh separuh itu. Namun begitu, sesetengah kes pula tidak memerlukan pembedahan. Kadang kala, kemahiran dentist juga mempengaruhi. Sesetengah dentist mampu mencabut gigi bongsu terimpak tanpa pembedahan. Walau bagaimana pun, semuanya bergantung kpd kedudukan gigi bongsu tersebut.

Jika anda mengalami masalah sebegini, tetapi takut pembedahan , sila datang ke Klinik Pergigian Dr Len untuk pemeriksaan. In shaa Allah, mana tahu gigi anda boleh dicabut cara biasa, tanpa pembedahan.



Ini adalah antara gigi bongsu yang berjaya dicabut tanpa pembedahan di Klinik Pergigian Dr Len. Kosnya lebih murah kerana cabutan biasa dan bukan pembedahan. Less damage done. Tak perlu jahit gusi. Kurang menakutkan. Betul tak? Jemput datang yea.

Thursday, 11 December 2014

pendakap gigi tanpa wayar dan besi



Pengumuman kenaikkan harga pendakap gigi tanpa wayar.

Harga baru bermula 2015 naik hampir RM1000.

Jadi, jika anda berminat, dinasihatkan register sekarang.

Datang ke Klinik Pergigian Dr Len untuk pemeriksaan, jika confirm nak betulkan gigi tanpa memakai braces tapi masih belom cukup duit, bayar dahulu RM1000 untuk registration harga sekarang.

Kemudian bila dah ada lagi RM2000, bolehlah datang ke klinik untuk mengambil acuan .

Untuk pertanyaan harga penuh, whatsapp 012-3876051.

Untuk maklumat lanjut tentang pendakap ini boleh baca post terdahulu. Terima kasih.