Friday, 26 December 2014

dental crown , dental bridge di Kuala Terengganu





Gigi yang rosak teruk, boleh dibaiki dgn dental crown atau dipanggil juga crowning.

Gigi yang tidak cantik rupa bentuknya juga boleh dibuat crowning.

Gigi yang telah dicabut boleh diganti dengan dental bridge.

Untuk maklumat lanjut, whatsapp 012-3876051. Whatsapp ya. Dr Len akan reply secepat mungkin. Terima kasih.

Wednesday, 24 December 2014

sakit gigi bongsu





Adakah anda pernah mengalami kesakitan di bahagian gigi bawah paling belakang?. Kesakitan itu membuatkannya berdenyut2 sehingga mengganggu kegiatan harian?

Jika ya, mungkin anda mengalami gigi bongsu terimpak seperti dalam gambar di atasa..

Bagaimana ini boleh berlaku?

Gigi manusia normalnya berjumlah 32 batang. Namun begitu, ada sesetengah org, rahangnya agak kecil untuk menampung 32 batang gigi itu. Gigi geraham ketiga adalah gigi yg paling akhir tumbuh jika mengikut turutan normal. Sebab itu ia dipanggil gigi bongsu. Jika rahang agak kecil, gigi geraham ketiga atau gigi bongsu tidak mempunyai cukup ruang untuk tumbuh ke dalam ruang mulut. Tapi gigi itu tetap mahu tumbuh kerana sifat fisologi nya. Jadi gigi itu berterusan menolak gigi di hadapannya. Inilah yg menyebabkan kesakitan. Kadang kala kawasan tersebut menjadi sensitif dan dijangkiti kuman. Gusi akan menjadi bengkak dan bernanah.

Keadaan ini dinamakan keradangan gusi disebabkan gigi bongsu terimpak.

Rawatan kes sebegini adalah, ubat tahan sakit untuk mengurangkan kesakitan dan antibiotik untuk merawat jangkitan.

Apabila kesakitan dan bengkak mula reda, gigi bongsu yang terimpak itu perlu dicabut. Jika dibiarkan, kesakitan dan bengkak akan berulang lg..

Cabutan gigi bongsu kadang kala memerlukan pembedahan kecil. Ini kerana forsep (alat cabut gigi) tidak dapat memegang gigi yg tumbuh separuh itu. Namun begitu, sesetengah kes pula tidak memerlukan pembedahan. Kadang kala, kemahiran dentist juga mempengaruhi. Sesetengah dentist mampu mencabut gigi bongsu terimpak tanpa pembedahan. Walau bagaimana pun, semuanya bergantung kpd kedudukan gigi bongsu tersebut.

Jika anda mengalami masalah sebegini, tetapi takut pembedahan , sila datang ke Klinik Pergigian Dr Len untuk pemeriksaan. In shaa Allah, mana tahu gigi anda boleh dicabut cara biasa, tanpa pembedahan.



Ini adalah antara gigi bongsu yang berjaya dicabut tanpa pembedahan di Klinik Pergigian Dr Len. Kosnya lebih murah kerana cabutan biasa dan bukan pembedahan. Less damage done. Tak perlu jahit gusi. Kurang menakutkan. Betul tak? Jemput datang yea.

Thursday, 11 December 2014

pendakap gigi tanpa wayar dan besi



Pengumuman kenaikkan harga pendakap gigi tanpa wayar.

Harga baru bermula 2015 naik hampir RM1000.

Jadi, jika anda berminat, dinasihatkan register sekarang.

Datang ke Klinik Pergigian Dr Len untuk pemeriksaan, jika confirm nak betulkan gigi tanpa memakai braces tapi masih belom cukup duit, bayar dahulu RM1000 untuk registration harga sekarang.

Kemudian bila dah ada lagi RM2000, bolehlah datang ke klinik untuk mengambil acuan .

Untuk pertanyaan harga penuh, whatsapp 012-3876051.

Untuk maklumat lanjut tentang pendakap ini boleh baca post terdahulu. Terima kasih.

Monday, 24 November 2014

mahu cantikkan gigi?



Gigi yg jarang itu ditampal dgn tampalan komposit. Bentuk gigi diubah hanya dgn tampalan biasa dan gigi kelihatan rapat dan teratur.

Gigi yg sudah dicabut itu pula digantikan dgn bridge. Melekat kukuh tanpa perlu dibuka dan dibersihkan seperti gigi palsu.

Gigi yg kelihatan jongang dan patah itu pula dibuat crowning. Dibentuk semula dan kelihatan tidak jongang lg kan.

Dapatkan rawatan2 menarik seperti di atas hanya di Klinik Pergigian Dr Len.

Whatsapp 012-3876051 utk pertanyaan lanjut.

Monday, 15 September 2014

murah!!!!....putihkan gigi di rumah


Nak putihkan gigi, tetapi rawatan pemutihan terlalu mahal?

Tak mampu bayar sekaligus?

Jangan bimbang.!!!

Anda boleh cantik dgn murah!

Sila datang ke Klinik Pergigian Dr Len dan ambil acuan gigi untuk buat tray gigi. Kemudian beli gel pemutih gigi dan lakukan sendiri rawatan pemutihan gigi di rumah!

Tray gigi RM100.
Gel pemutih gigi RM45 untuk 1 syringe.

1 syringe boleh pakai hingga 5-7kali. Jika habis boleh beli topup untuk gel sahaja. Tray dah tak perlu buat baru. Tray boleh pakai sampai bila2.

Mudah dan jimat!!!!

Monday, 8 September 2014

promosi pemutihan gigi kembali lagi

Hari lahir anak pertama saya pada 13/9.
Hari lahir anak kedua pula pada 18/9.

Jadi....promosi ini berlangsung dari 13/9/2014 hingga 18/9/2014!....

Rawatan pemutihan di klinik RM600 percuma tooth mousse plus bernilai RM75!.

Dan yang paling menarik,take home kit hanya RM300!....berbanding RM600 sebelum ini!...

Hubungi 09-6176051
Whatsapp 012-3876051

Atau follow instagram saya harzlenaharun utk iklan2 yg lebih menarik dan jelas!

Friday, 22 August 2014

GC Tooth mousse, krim untuk gigi



GC tooth mousse BUKAN ubat gigi. Ia adalah krim yang bermanfaat untuk gigi. Ia mengandungi kalsium dan fosfat, mineral utama yang terkandung dalam gigi. Mineral ini adalah bentuk larut kerana ia dibawa di dalam protein yang diperolehi daripada susu khas yang dikenali sebagai recaldent. GC tooth mousse boleh membantu melindungi gigi daripada kerosakan dengan menggantikan mineral kalsium dan fosfat yang hilang akibat serangan asid yang terhasil daripada tindakbalas makanan dan bakteria.

GC tooth mousse plus pula mengandungi formula tambahan iaitu florida. Fungsi florida adalah menguatkan gigi. Kandungan florida dalam tooth mousse plus adalah 0.2% atau 900ppm. Ia adalah di bawah tahap kandungan florida dalam ubat gigi dewasa yang biasanya 1000ppm. Florida bersama2 kalsium dan fosfat dalam nisbah yang tepat boleh menghasilkan perlindungan daripada karies yang sangat berkesan.

Tooth mousse amat berguna jika anda :
 -mempunyai keadaan mulut yang berasid mungkin kerana pengambilan ubat2an, atau cara pemakanan anda yang suka kan juz, jeruk mahupun minuman berkarbonat.
-mempunyai kerosakan gigi yang aktif. Anda mungkin merasakan telah menjaga gigi dengan baik, tetapi sering kali mengalami gigi berlubang dan sering mendapat rawatan tampalan gigi.
 -mempunyai tompok2 putih pada gigi. Sebaiknya, hadir ke klinik dan berjumpa doctor gigi terlebih dahulu. Doktor gigi akan polish permukaan gigi anda dahulu. Kemudian anda boleh amalkan sapuan tooth mousse di rumah.
-mempunyai gigi yang sensitive. Tooth mousse sgt berkesan berbanding uabt gigi sensitive yang berada di pasaran.
-mempunyai erosi dan kehausan gigi
-selepas membuat rawatan pemutihan gigi. Kerana asid yang digunakan untuk memutihkan gigi akan membuatkan gigi rasa ngilu.
-semasa atau selepas rawatan orthodontic
-mengalami kekurangan air liur dan mulut kering akibat rawatan kemoterapi dan ubat2an
-sedang mengandung

GC tooth mousse adalah untuk semua golongan iaitu daripada bayi hingga dewasa. Namun begitu, GC tooth mousse plus adalah untuk 6 tahun ke atas kerana mengandungi florida.

Cara penggunaan krim tooth mousse. Gosok gigi mcm biasa dgn menggunakan ubat gigi lain... Kemudian amik sikit tooth mousse. Sapu pada keseluruhan gigi dgn jari yg bersih.Biar selama 3 minit.Kemudian main2 gigi dgn lidah.Tujuannya tuk bagi tooth mousse ada kontek dgn air liur.Kemudian biarkan. Jangan kumur,jangan makan dan jangan minum at least 30minit. Tak berbahaya jika ttelan sbb tooth mousse ni berasaskan susu. Tak sesuai kpd yg alergik susu. Oleh kerana tooth mousse ni jatuh bawah kategori ubat,kalo ada sebarang elergi seperti kemerahan pada mulut,hentikan penggunaan.

GC tooth mousse dan GC tooth mousse plus boleh didapati di KLINIK PERGIGIAN DR LEN dengan harga RM75. Jika anda jauh dari klinik dan mahukan kami menghantar secara pos, kami boleh lakukan. Hanya perlu tambah RM6 untuk pengeposan semenanjung Malaysia dan RM9 untuk Sabah dan Sarawak. Hubungi 09-6176051 atau whatsapp 012-3876051 untuk keterangan lanjut.




Wednesday, 6 August 2014

meluruskan gigi yang tidak teratur tanpa memakai braces

Assalamualikum dan hai.

Sesiapa yang follow akaun fb Klinik Pergigian DR Len, atau follow IG saya, tentu dah pernah ternampak saya iklankan tentang benda ni kan.

Ya. Ini adalah satu teknologi baru untuk memperbetulkan gigi yang tidak teratur.
Nama benda ni adalah aligners. Dari syarikat Clearpathdental. Boleh search clearpathdental.com

Aligners ni adalah sarung gigi yg berwarna jernih, yang disarungkan kepada gigi. Ia melekap ketat pada gigi, dan boleh membuatkan gigi bergerak menjadi susunan yg teratur.

Masih keliru?

Ok, saya akan cuba terangkan di sini secara am.

Apabila pesakit datang ke klinik, doktor akan mengambil acuan gigi pesakit. Doktor juga akan mengambil gambar keadaan gigi pesakit. Jika perlu, pesakit akan diarahkan untuk mengambil xray.

Acuan gigi pesakit tersebut, akan dihantar ke Dubai, tempat aligners dibuat. Kemudian, doktor gigi dan kejuruteraan Clearpathdental akan menganalisa acuan tersebut. Ada sesetengah gigi yg terlalu tidak teratur memerlukan cabutan. Cabutan ini adalah untuk menyediakan ruang supaya gigi2 boleh disusun dgn elok. Sesetengah pesakit pula tidak memerlukan cabutan. Semuanya bergantung kepada pemeriksaan doktor.

Selepas sebulan, aligners akan siap dan dihantar ke klinik. Dan doktor akan memanggil pesakit untuk memakaikannya aligner. Aligners bukan satu. Tetapi ada banyak. Di dalam set pesakit, mungkin ada 10 aligners, mungkin ada 15 aligners dan bermacam2 lg. Ia bergantung kepada keseriusan kesesakan gigi pesakit. Lebih sesak gigi pesakit, lebih banyak aligners mungkin diperlukan.



Satu aligner perlu dipakai selama 2 minggu. Apabila selesai memakai aligner pertama, pesakit perlu menukar kepada aligner kedua dan begitulah seterusnya sehingga gigi menjadi teratur.

Aligners adalah removable iaitu boleh dipakai dan dibuka sendiri oleh pesakit. Pesakit perlu memakai aligner sekurang2nya 22jam sehari. Ini bermakna, pesakit perlu memakai sepanjang masa dan boleh membukanya ketika memberus gigi sahaja.

Pemakaian aligner bergantung penuh kepada komitment pesakit kerana ia adalah removable. Jika pesakit asik terlupa untuk memakai aligner, atau kehilangan aligner, rawatan memperbetulkan gigi akan terganggu dan akan lambatlah proses meluruskan gigi.


Aligner mempunyai banyak kelebihan berbanding pendakap gigi atau braces. Aligners adalah plastik lutsinar. Jika pesakit memakainya, tiada sesiapun akan tahu. Tidak seperti pendakap gigi yg penuh dgn besi dan wayar. Jadi, pesakit yg memakai aligner tidak akan mengalami masalah ulser kerana tercucuk besi dan dawai.

Jika memakai aligners, gigi lebih mudah dibersihkan. Hanya perlu menanggalkannya, dan gosok gigi macam biasa kemudian memakai semula aligner tersebut. Tidak seperti pengdakap gigi. Agak sukar membersihkan gigi yg ada besi dan wayar.

Dgn memakai aligner, pesakit tidak perlu berjumpa doktor gigi setiap bulan. Hanya pakai aligner mengikut urutan yg telah disediakan. Jika memakai pendakap gigi, pesakit perlu berjumpa doktor gigi setiap 4-6minggu untuk mengaktifkan pengdakap.


Walau bagaimana pun, jika kesesakan gigi terlampau serius, seperti gigi terlalu jongang, rahang tidak seimbang, pesakit masih perlu berjumpa pakar orthodontik dan tidak sesuai memakai aligner.

Itulah penerangan secara ringkas.

Jika ada kemusykilan, bolehlah menghubungi Klinik Pergigian Dr Len. 09-6176051.

Wednesday, 9 July 2014

promosi pemutihan gigi sempena Aidilfitri


Ya!....promosi pemutihan gigi datang lagi!!!!

Baju raya ngelip2, gigi pun mestilah nak putih bersinar kan....

Jom dptkan rawatan pemutihan gigi sekarang!
Sah sehingga sehari sebelum raya.

Hubungi 09-6176051 atau whatsapp 012-3876051 utk temujanji atau pertanyaan.

Friday, 13 June 2014

aligner : betulkan gigi tanpa braces

Coming soon at Klinik Pergigian Dr Len.

Untuk info, boleh buka clearpath

Atau hubungi 09-6176051


Sunday, 18 May 2014

GC tooth mousse

Bagaimana rupa gigi anak anda?

 Begini?

Begini?

 Atau lebih teruk, begini?

Susah sangat nak gosok gigi anak?
Anak sering mengamuk bila tiba masa gosok gigi?
Anak suka makan manisan?

Atau,
Anak suka gosok gigi,tapi gigi tetap rosak.

Atau,
Anak mudah memberus gigi tapi masih menyusu.

Atau,
Anak sering mengadu sakit gigi, tetapi takut sangat nak berjumpa dentist.

Saya boleh tolong. Saya kini menjual tooth mousse.

Tooth mousse adalah berasakan susu. Ia mengandungi kalsium dan fosfat. Ia membantu memineralisasikan semula struktur gigi yang telah rosak. Dgn kata lain, ia membantu memberhentikan kejadian karies dan gigi berlubang. Jika diguna secara berterusan ia dapat mengecilkan caries.

Tooth mousse tidak dijual di kedai biasa dan hanya boleh didapati di klinik gigi kerana ia adalah preskripsi profesional iaitu hanya boleh diberi/dijual oleh doktor gigi berdaftar sahaja.

Oleh kerana sesetengah tempat, sukar untuk mendapatkan tooth mousse ni,jadi eloklah kiranya saya tolong kawan2 yang memerlukan.

Tooth mousse bukan ubat gigi...

Cara guna; 
Pakai sekali sehari sahaja utk kanak2.Tp jika kanak2 mengalami caries yg serius boleh pakai 2,3x sehari. Gosok gigi mcm biasa dgn menggunakan ubat gigi lain...
 Kemudian amik sikit tooth mousse sebesar kacang pea.Sapu pada keseluruhan gigi dgn jari yg bersih.Biar selama 3 minit.Kemudian ajar anak main2 gigi dgn lidah.Tujuannya tuk bagi tooth mousse ada kontek dgn air liur.Kemudian biarkan.Jangan kumur,jangan makan dan jangan minum at least 30minit.

Tak berbahaya jika ttelan sbb tooth mousse ni berasaskan susu.

Tak sesuai kpd yg alergik susu. Oleh kerana tooth mousse ni jatuh bawah kategori ubat,kalo ada sebarang elergi seperti kemerahan pada mulut,kne stop pgunaan. 

Org dewasa juga boleh guna utk kurangkan sensitif pada gigi.

Harga hanya RM70.

Jika berminat boleh msg/whatsapp saya yea 012-3876051 atau dtg sendiri ke Klinik Pergigian Dr Len.

Juga sgt sesuai digunakan oleh orang dewasa untuk hilangkan sensitif gigi dan juga untuk mengawal caries. Cubalah!

Tuesday, 13 May 2014

pemutihan gigi


Ada sesiapa berminat nak putihkan gigi seputih2nya?Heeeee...

Klinik pergigian Dr Len ada rawatan pemutihan gigi ini.

Ada beberapa jenis rawatan yg disediakan bergantung kepada permintaan pesakit.

Pertama,sesi rawatan pemutihan di klinik yg mengambil masa 1jam30minit. Untuk rawatan ini,gigi boleh menjadi putih sehingga 1-2 tona lebih putih. Harga RM600.

Pilihan kedua,sesi rawatan pemutihan di klinik selama 1jam30minit, kemudian anda boleh beli pen pemutih gigi untuk maintenence di rumah. Harga pen pemutih RM100. Sebatang pen boleh tahan sehingga 2 minggu. Anda boleh gunakan pen tersebut selama mana yg anda mahu. Gigi akan menjadi semakin putih jika anda pakai lebih lama.

Pilihan ketiga...Sesi rawatan pemutihan di klinik selama 1jam30minit,dan pemutihan intensif di rumah. Untuk rawatan ini, acuan gigi akan diambil dahulu. Kemudian doktor akan membuat tray khas berpandukan acuan gigi anda. Setelah selesai rawatan di klinik,anda boleh lakukan sesi pemutihan di rumah pula dgn meletak bahan pemutih gigi di dlm tray tersebut dan lekapkan pada gigi anda. Biasanya rawatan intensif di rumah ini perlu dilakukan selama 2 minggu. Hasil rawatan ini adalah dijamin maksima!...Gigi anda dijamin seputih2nya...Harga rawatan ini RM1200.

Setiap rawatan ada kesan sampingan. Sama jugak dgn pemutihan gigi. Kesan sampingan nya adalah gigi rasa ngilu dan sensitif. Tp lain org,lain kesannya...Ada pesakit saya langsung xrasa ngilu. Jika ngilu dan sensitif,boleh guna ubat gigi sensitif atau sapu saja tooth mousse. Mmg rasa ngilu itu akan hilang.

Jadi,apa tunggu lagi?..Cepat hubungi 09-6176051 untuk temujanji anda.

Gigi putih senyuman kompem berseri!

Thursday, 8 May 2014

ini klinik melayu islam lahhhh...

Assalamualaikum dan hi.
Bulan 5 dah masuk 7 bulan klinik ni beroperasi. But still ada org ingt ni klinik cina. Alahai...
Nama saya nurharzLENa la.... Len tu singkatan dia.
Saya melayu. Saya Islam.
So,jgn la segan nak dtg sbb ingat klinik cina.

Datang yea...
Banyak lg promosi lps ni tau.

Tuesday, 6 May 2014

beza crown dan bridge


Salam. Saya minta maaf banyak2 sbb blog ini macam terabai je. Ada sedikit kekangan masa yang membuatkan saya tak sempat update blog. Namun begitu, jika ada sebarang pertanyaan, boleh terus bertanya di fb. Buka page Klinik Pergigian DR Len dan in shaa Allah banyak info dan promosi saya update di situ.

Kepada yg bertanya tentang promosi cuti sekolah,of kos la dah berakhir...Sekolah pun dah lama buka kan.

Kali ini saya nak cite sket pasal crown dan bridge. Tahu tak apa beza crown dan bridge?

Sila rujuk gambar yea.

Crown dan bridge ada banyak jenis. Paling murah dan paling fames adalah porcelains fused metal iaitu diperbuat daripada seramik yg bercantum dgn metal. Harga untuk satu gigi ini di Klinik ini adalah RM600. Untuk bridge pula,satu unit bridge melibatkan sekurang2nya 3 gigi,jadi harganya RM1800. Tetapi harga ini boleh berubah mengikut promosi.

 Untuk crown dan bridge yg lebih cantik dan lebih natural bahan yg digunakan adalah zirconia. Caj untuk sebatang crown zirconia adalah RM850. Harganya mmg lebih mahal tetapi kepada sesiapa yg mementingkan kecantikan,ia mmg berbaloi.

Hubungi 09-6176051 utk temujanji. Bai