Monday, 16 December 2013

senarai rawatan



SENARAI                                   HARGA                                       RAWATAN                                          
KLINIK PERGIGIAN DR LEN

JENIS RAWATAN

HARGA


TAMPALAN


RM50 KE ATAS


CABUTAN


RM40 KE ATAS

PENSKALERAN / CUCI GIGI


RM50 KE ATAS

PEMUTIHAN GIGI


RM600 KE ATAS

PORCELAIN CROWN


RM600 KE ATAS

PORCELAIN BRIDGE


RM1800 KE ATAS

RAWATAN KANAL AKAR


RM250 KE ATAS
RM100 ( untuk rawatan akar gigi susu)


GIGI PALSU


RM75 (untuk sebatang gigi dan tambahan RM10 untuk setiap batang seterusnya)
RM550 (untuk gigi palsu penuh atas dan bawah)


X RAY GIGI


RM20

RAWATAN KECEMASAN UNTUK KEMALANGAN KECIL BAHAGIAN MUKA DAN MULUT


RM40 KE ATAS

RAWATAN ORTHODONTIK
-          APLIAN BOLEH TANGGAL
-          BRACES



RM700 – RM1000
RM4000 KE ATAS
*harga tertakluk kepada terma dan syarat

Friday, 6 December 2013

chinese denture


Gambar menunjukkan sejenis denture atau gigi palsu yang dikenali sebagai chinese denture. Gigi palsu ini dilekatkan pada gusi dan gigi bersebelahan. Ia tidak boleh ditanggalkan dengan sendiri. Ia digelar chinese denture kerana ia merupakan gigi palsu yang dibuat oleh orang cina pada zaman dahulu dan masih dipraktikkan sehinggi kini secara tidak sah.

Chinese denture ini adalah salah!

Salah di sisi undang-undang pergigian.
Salah dari segi etika.

Ini kerana, istilah denture adalah khas untuk gigi palsu yang boleh dipakai dan ditanggalkan dengan sendiri oleh pesakit. Sedangkan chinese denture ini lekat secara kekal di dalam mulut selagi tidak dibuka oleh pengamal pergigian.

Setiap denture atau gigi palsu haruslah boleh ditanggalkan dengan mudah oleh pesakit untuk dibersihkan setiap kali selepas makan. Tetapi, chinese denture ini tidak boleh. Ini akan menyebabkan keradangan kepada gusi seterusnya boleh menyebabkan kebengkakan jika dibiarkan terlalu lama.

Jadi, awas!..Jangan sesekali mencuba gigi palsu jenis ini..

Jika anda mahu menggantikan gigi yang telah dicabut, tetapi tidak mahu memakai gigi palsu boleh tanggal, anda boleh memilih rawatan bridge atau implant. Saya akan terangkan di dalam entry yang akan datang.





Monday, 28 October 2013

peta ke klinik

Ini dia peta nak ke Klinik Pergigian DR Len. Boleh lalu dr Permint Jaya, dari trafic lite Chendering dan juga dr Bukit Payong.



Nanti, singgah la ye..

Promosi cuci gigi RM30 masih ada...Sehingga akhir Nov 2013.

Friday, 11 October 2013

promosi pembukaan

KLINIK PERGIGIAN DR LEN                                                                                                                                                                                                                                                             ( depan Sek Men Keb Chendering, Jalan Kubang Ikan )

DIBUKA  ISNIN – SABTU

JAM 9.00 PAGI – 9.00 MALAM

PROMOSI PEMBUKAAN OKTOBER-NOVEMBER 2013
SCALING / CUCI GIGI
HANYA RM30!!!

RAWATAN LAIN :
CABUTAN, TAMPALAN, GIGI PALSU, RAWATAN KANAL AKAR, PEMUTIHAN GIGI DLL...







Monday, 7 October 2013

salam kenal

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Selamat datang ke blog Klinik Pergigian Dr Len.


Kepada kawan2 blogger atau pengunjung yang pernah menjengah blog peribadi saya, terima kasih diucapkan atas kata2 semangat dan komen2 bernas yang kamu semua pernah coretkan di blog saya. Untuk blog rasmi Klinik Pergigian Dr Len ini, saya akan menumpukan perhatian kepada penyampaian informasi tentang masalah pergigian, tetapi saya masih ingin mengekalkan gaya penulisan saya selama ini.


Dengan kata lain, segala informasi akan disampaikan dalam ayat tidak janggal, tidak formal..Tidak seperti artikel2 yg kamu biasa baca di internet. Ini adalah pendekatan saya untuk memudahkan pemahaman pembaca lebih2 lagi khas untuk pembaca yg tiada basic dlm bidang sains serta medikal. Jadi, jgn terasa pelik ya bila entry tentang masalah gigi yg serius, tp masih ada perkataan "hahaha", "huhu", "heeee" dan "ngeee"...Hahahaha..Kan dah gelak tu..Mana boleh nak formal2 sgt kan. Heee..


Tp, in shaa Allah, semua fakta yg akan disampaikan di sini adalah benar, mengikut ilmu yg saya ada, journal yg saya baca. Jd, jgn risau tentang kesahihannya.

So, here we go...
Mari berkenalan dengan Klinik Pergigian Dr Len.

Klinik ini beralamat di K12, Rumah Kedai Desa MPKT, Wakaf Tok Keh, Jalan Kubang Ikan, 21080 Chendering Kuala Terengganu.

No. tel xde lg sbb blom masukkan talian tetap. Tp kalau nak menghubungi saya tuk bertanyakan apa saja, boleh tinggalkan komen di sini atau email sj ke kpdrlen@gmail.com .

Waktu operasi adalah pada pukul 9am hingga 9pm. Ini bermakna kami tetap beroperasi waktu org pejabat rehat tengah hari dan selepas waktu bekerja. Klinik dibuka Isnin - Sabtu..Tutup pada hari Ahad..Cuma pada hari Jumaat, kami beroperasi 9am-12pm kemudian sambung 3pm-7pm..Malamnya tuan kedai nak berehat2 lama sikit. Hehe..

Rawatan yang disediakan adalah ;
- tampalan gigi
- cabutan
- scaling
- pemutihan gigi
- rawatan kanal akar
- crown dan bridge ( buat masa ni, belom lg la sbb xde modal lg,mebe after 2,3 bulan klinik beroperasi boleh la )
- denture atau gigi palsu


Untuk sebulan pertama ni, saya buat promosi. Untuk scaling (cuci gigi dan polish), hanya RM30 sahaja...Haaaa, cepat serbu semua!


Itu saja untuk entry permulaan..
Daaaa!!

Jom kita intai sikit Klinik Pergigian Dr Len..










Unsur pink xle lari hokey..Dental chair ada yg pink..Tp brand yg saya nak, yg kaler pink nya, mak aih, RM10k lebih mahal...Takpe takpe...Kaler oren pun ok la..Heee





Saturday, 27 April 2013

dengan nama Allah

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih.
Kau berkatilah perniagaan ku ini.
Tetapkan hatiku ke arah niat yang betul.
Dekatkan lagi aku padaMu.

Ameeennn...