Monday, 30 November 2015

retainer , aligner , mouth tray,






Haiiiiii.
Petang ni Dr Len nak cite sket pasal benda alah ni. Plastik berbentuk gigi ni. Tau x apa benda ni?..okey meh nak cite.
Plastik gigi ni, rupa mcm ni, adalah sama ada;
Retainer
Atau aligner
Atau mouth tray
Atau mouth guard
Haaaaa, 4 benda, rupa sama tp bila pegang baru tau x sama.

Retainer - nipis, keras. Digunakan untuk mengekalkan gigi di kedudukan sekarang. Juz utk kekalkan keadaan bukan untuk gerakkan gigi. Make the teeth stay at current place. Duk diam2 situ jgn gerak2 okayyyy.
Aligner - utk membetulkan gigi. Utk gerakkan gigi supaya tersusun. Lebih tebal dan keras berbanding retainer.
Mouth tray - lembut dan agak nipis. Biasanya digunakan untuk tujuan pemutihan gigi. Letak whitening gel dlm tray ni, pastu pasang kat gigi.
Mouth guard - lembut dan tebal. Digunakan untuk hentikan tabiat menggigit gigi tanpa sedar. Habit ni kita panggil bruxism. Bila pakai benda alah ni, gigi duk gigit2 atas benda ni, boleh hilangkan habit tu dan juga boleh pelihara gigi dr hakisan.
Keempat2 jenis plastik gigi ni boleh didapati di #klinikpergigiandrlen yea.
Whatsapp 012-3876051 untuk pertanyaan lanjut.

No comments:

Post a Comment