Friday, 22 August 2014

GC Tooth mousse, krim untuk gigi



GC tooth mousse BUKAN ubat gigi. Ia adalah krim yang bermanfaat untuk gigi. Ia mengandungi kalsium dan fosfat, mineral utama yang terkandung dalam gigi. Mineral ini adalah bentuk larut kerana ia dibawa di dalam protein yang diperolehi daripada susu khas yang dikenali sebagai recaldent. GC tooth mousse boleh membantu melindungi gigi daripada kerosakan dengan menggantikan mineral kalsium dan fosfat yang hilang akibat serangan asid yang terhasil daripada tindakbalas makanan dan bakteria.

GC tooth mousse plus pula mengandungi formula tambahan iaitu florida. Fungsi florida adalah menguatkan gigi. Kandungan florida dalam tooth mousse plus adalah 0.2% atau 900ppm. Ia adalah di bawah tahap kandungan florida dalam ubat gigi dewasa yang biasanya 1000ppm. Florida bersama2 kalsium dan fosfat dalam nisbah yang tepat boleh menghasilkan perlindungan daripada karies yang sangat berkesan.

Tooth mousse amat berguna jika anda :
 -mempunyai keadaan mulut yang berasid mungkin kerana pengambilan ubat2an, atau cara pemakanan anda yang suka kan juz, jeruk mahupun minuman berkarbonat.
-mempunyai kerosakan gigi yang aktif. Anda mungkin merasakan telah menjaga gigi dengan baik, tetapi sering kali mengalami gigi berlubang dan sering mendapat rawatan tampalan gigi.
 -mempunyai tompok2 putih pada gigi. Sebaiknya, hadir ke klinik dan berjumpa doctor gigi terlebih dahulu. Doktor gigi akan polish permukaan gigi anda dahulu. Kemudian anda boleh amalkan sapuan tooth mousse di rumah.
-mempunyai gigi yang sensitive. Tooth mousse sgt berkesan berbanding uabt gigi sensitive yang berada di pasaran.
-mempunyai erosi dan kehausan gigi
-selepas membuat rawatan pemutihan gigi. Kerana asid yang digunakan untuk memutihkan gigi akan membuatkan gigi rasa ngilu.
-semasa atau selepas rawatan orthodontic
-mengalami kekurangan air liur dan mulut kering akibat rawatan kemoterapi dan ubat2an
-sedang mengandung

GC tooth mousse adalah untuk semua golongan iaitu daripada bayi hingga dewasa. Namun begitu, GC tooth mousse plus adalah untuk 6 tahun ke atas kerana mengandungi florida.

Cara penggunaan krim tooth mousse. Gosok gigi mcm biasa dgn menggunakan ubat gigi lain... Kemudian amik sikit tooth mousse. Sapu pada keseluruhan gigi dgn jari yg bersih.Biar selama 3 minit.Kemudian main2 gigi dgn lidah.Tujuannya tuk bagi tooth mousse ada kontek dgn air liur.Kemudian biarkan. Jangan kumur,jangan makan dan jangan minum at least 30minit. Tak berbahaya jika ttelan sbb tooth mousse ni berasaskan susu. Tak sesuai kpd yg alergik susu. Oleh kerana tooth mousse ni jatuh bawah kategori ubat,kalo ada sebarang elergi seperti kemerahan pada mulut,hentikan penggunaan.

GC tooth mousse dan GC tooth mousse plus boleh didapati di KLINIK PERGIGIAN DR LEN dengan harga RM75. Jika anda jauh dari klinik dan mahukan kami menghantar secara pos, kami boleh lakukan. Hanya perlu tambah RM6 untuk pengeposan semenanjung Malaysia dan RM9 untuk Sabah dan Sarawak. Hubungi 09-6176051 atau whatsapp 012-3876051 untuk keterangan lanjut.




Wednesday, 6 August 2014

meluruskan gigi yang tidak teratur tanpa memakai braces

Assalamualikum dan hai.

Sesiapa yang follow akaun fb Klinik Pergigian DR Len, atau follow IG saya, tentu dah pernah ternampak saya iklankan tentang benda ni kan.

Ya. Ini adalah satu teknologi baru untuk memperbetulkan gigi yang tidak teratur.
Nama benda ni adalah aligners. Dari syarikat Clearpathdental. Boleh search clearpathdental.com

Aligners ni adalah sarung gigi yg berwarna jernih, yang disarungkan kepada gigi. Ia melekap ketat pada gigi, dan boleh membuatkan gigi bergerak menjadi susunan yg teratur.

Masih keliru?

Ok, saya akan cuba terangkan di sini secara am.

Apabila pesakit datang ke klinik, doktor akan mengambil acuan gigi pesakit. Doktor juga akan mengambil gambar keadaan gigi pesakit. Jika perlu, pesakit akan diarahkan untuk mengambil xray.

Acuan gigi pesakit tersebut, akan dihantar ke Dubai, tempat aligners dibuat. Kemudian, doktor gigi dan kejuruteraan Clearpathdental akan menganalisa acuan tersebut. Ada sesetengah gigi yg terlalu tidak teratur memerlukan cabutan. Cabutan ini adalah untuk menyediakan ruang supaya gigi2 boleh disusun dgn elok. Sesetengah pesakit pula tidak memerlukan cabutan. Semuanya bergantung kepada pemeriksaan doktor.

Selepas sebulan, aligners akan siap dan dihantar ke klinik. Dan doktor akan memanggil pesakit untuk memakaikannya aligner. Aligners bukan satu. Tetapi ada banyak. Di dalam set pesakit, mungkin ada 10 aligners, mungkin ada 15 aligners dan bermacam2 lg. Ia bergantung kepada keseriusan kesesakan gigi pesakit. Lebih sesak gigi pesakit, lebih banyak aligners mungkin diperlukan.



Satu aligner perlu dipakai selama 2 minggu. Apabila selesai memakai aligner pertama, pesakit perlu menukar kepada aligner kedua dan begitulah seterusnya sehingga gigi menjadi teratur.

Aligners adalah removable iaitu boleh dipakai dan dibuka sendiri oleh pesakit. Pesakit perlu memakai aligner sekurang2nya 22jam sehari. Ini bermakna, pesakit perlu memakai sepanjang masa dan boleh membukanya ketika memberus gigi sahaja.

Pemakaian aligner bergantung penuh kepada komitment pesakit kerana ia adalah removable. Jika pesakit asik terlupa untuk memakai aligner, atau kehilangan aligner, rawatan memperbetulkan gigi akan terganggu dan akan lambatlah proses meluruskan gigi.


Aligner mempunyai banyak kelebihan berbanding pendakap gigi atau braces. Aligners adalah plastik lutsinar. Jika pesakit memakainya, tiada sesiapun akan tahu. Tidak seperti pendakap gigi yg penuh dgn besi dan wayar. Jadi, pesakit yg memakai aligner tidak akan mengalami masalah ulser kerana tercucuk besi dan dawai.

Jika memakai aligners, gigi lebih mudah dibersihkan. Hanya perlu menanggalkannya, dan gosok gigi macam biasa kemudian memakai semula aligner tersebut. Tidak seperti pengdakap gigi. Agak sukar membersihkan gigi yg ada besi dan wayar.

Dgn memakai aligner, pesakit tidak perlu berjumpa doktor gigi setiap bulan. Hanya pakai aligner mengikut urutan yg telah disediakan. Jika memakai pendakap gigi, pesakit perlu berjumpa doktor gigi setiap 4-6minggu untuk mengaktifkan pengdakap.


Walau bagaimana pun, jika kesesakan gigi terlampau serius, seperti gigi terlalu jongang, rahang tidak seimbang, pesakit masih perlu berjumpa pakar orthodontik dan tidak sesuai memakai aligner.

Itulah penerangan secara ringkas.

Jika ada kemusykilan, bolehlah menghubungi Klinik Pergigian Dr Len. 09-6176051.