Monday, 16 December 2013

senarai rawatan



SENARAI                                   HARGA                                       RAWATAN                                          
KLINIK PERGIGIAN DR LEN

JENIS RAWATAN

HARGA


TAMPALAN


RM50 KE ATAS


CABUTAN


RM40 KE ATAS

PENSKALERAN / CUCI GIGI


RM50 KE ATAS

PEMUTIHAN GIGI


RM600 KE ATAS

PORCELAIN CROWN


RM600 KE ATAS

PORCELAIN BRIDGE


RM1800 KE ATAS

RAWATAN KANAL AKAR


RM250 KE ATAS
RM100 ( untuk rawatan akar gigi susu)


GIGI PALSU


RM75 (untuk sebatang gigi dan tambahan RM10 untuk setiap batang seterusnya)
RM550 (untuk gigi palsu penuh atas dan bawah)


X RAY GIGI


RM20

RAWATAN KECEMASAN UNTUK KEMALANGAN KECIL BAHAGIAN MUKA DAN MULUT


RM40 KE ATAS

RAWATAN ORTHODONTIK
-          APLIAN BOLEH TANGGAL
-          BRACES



RM700 – RM1000
RM4000 KE ATAS
*harga tertakluk kepada terma dan syarat

Friday, 6 December 2013

chinese denture


Gambar menunjukkan sejenis denture atau gigi palsu yang dikenali sebagai chinese denture. Gigi palsu ini dilekatkan pada gusi dan gigi bersebelahan. Ia tidak boleh ditanggalkan dengan sendiri. Ia digelar chinese denture kerana ia merupakan gigi palsu yang dibuat oleh orang cina pada zaman dahulu dan masih dipraktikkan sehinggi kini secara tidak sah.

Chinese denture ini adalah salah!

Salah di sisi undang-undang pergigian.
Salah dari segi etika.

Ini kerana, istilah denture adalah khas untuk gigi palsu yang boleh dipakai dan ditanggalkan dengan sendiri oleh pesakit. Sedangkan chinese denture ini lekat secara kekal di dalam mulut selagi tidak dibuka oleh pengamal pergigian.

Setiap denture atau gigi palsu haruslah boleh ditanggalkan dengan mudah oleh pesakit untuk dibersihkan setiap kali selepas makan. Tetapi, chinese denture ini tidak boleh. Ini akan menyebabkan keradangan kepada gusi seterusnya boleh menyebabkan kebengkakan jika dibiarkan terlalu lama.

Jadi, awas!..Jangan sesekali mencuba gigi palsu jenis ini..

Jika anda mahu menggantikan gigi yang telah dicabut, tetapi tidak mahu memakai gigi palsu boleh tanggal, anda boleh memilih rawatan bridge atau implant. Saya akan terangkan di dalam entry yang akan datang.